SUSPEK yang dipercayai melepaskan tembakan sehingga menyebabkan 21 orang maut. FOTO Facebook/ AFP
SUSPEK yang dipercayai melepaskan tembakan sehingga menyebabkan 21 orang maut. FOTO Facebook/ AFP
Agensi

Bangkok: Angka kematian akibat kejadian tembakan rambang di bandar Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand, semalam, meningkat kepada 21 orang.

Mangsa termasuk seorang anggota pasukan keselamatan Thailand yang bergegas ke sebuah pusat beli-belah yang menjadi antara lokasi suspek melepaskan tembakan.

Dalam pada itu, Polis Thailand percaya bahawa suspek yang juga seorang askar, masih bersembunyi di tingkat bawah bangunan pusat beli-belah berkenaan.

Bagaimanapun, jurucakap polis memberitahu bahawa suspek tidak menahan tebusan.

“Kita sudah menyelamatkan sembilan orang yang terperangkap di dalam bangunan itu,” katanya.

Suspek dikatakan melepaskan tembakan rambang pada 3 petang (waktu tempatan), semalam, dari dalam sebuah rumah.

Dia kemudian bergerak ke arah kem askar sebelum ke sebuah pusat beli-belah.

Suspek juga memuat naik hantaran di Facebook, ketika bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain untuk melepaskan tembakan.

Kejadian mencetuskan panik apabila pengunjung pusat beli-belah itu panik dan lari bertempiaran untuk keluar dari bangunan itu.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 31 orang cedera dan dikejarkan ke hospital.

Berita berkaitan

10 terbunuh, tentera Thailand mengamuk


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 9:51 AM