GAMBAR fail menunjukkan wanita memakai penutup mulut dan hidung di depan rak mi segera dan makanan dalam tin yang kosong selepas pengguna membuat pembelian panik. FOTO Reuters
Reuters

Singapura: Bank terbesar Singapura, DBS, mengarahkan 300 kakitangan di ibu pejabatnya di Pusat Kewangan Marina Bay di sini, mengosongkan bangunan.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga selepas seorang pekerja disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19).

Ia berdasarkan memo dalaman yang dilihat Reuters.

Setakat ini, Singapura melaporkan 47 kes Covid-19, antara tertinggi di luar China.

Sehingga tengah hari tadi, bank sudah mengarahkan semua kakitangan di tingkat 43 bangunan itu untuk pulang.

Mereka juga dibenarkan bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, jumlah sebenar kakitangan terjejas tidak diketahui.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 4:18 PM