GO Soo Jung. FOTO Ihsan Soompi
GO Soo Jung. FOTO Ihsan Soompi
Agensi

Seoul: Pelakon drama Korea Selatan yang pernah membintangi dalam Goblin, Go Soo Jung, 24, meninggal dunia, Jumaat lalu.

The Straits Times melaporkan, Story J Company mendedahkan bahawa kematian artis di bawah naungannya itu akibat sejenis penyakit kronik.

Majlis pengebumian Go dilaporkan berlangsung pada Ahad lalu dengan dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat.

Portal tempatan Korea Selatan melaporkan Go adalah pelakon drama Solomon’s Perjury dan pernah muncul dalam kilp video lagu BTS, With Seoul.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 5:10 PM