DANIELLE mendukung Logan seberat 623 gram. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang bayi bersaiz lebih kecil daripada anak patung kerana dilahirkan ketika berusia 11 minggu lebih awal dari jangkaan, kini mampu hidup normal seperti insan lain seusianya.

Dalam laporan Daily Star UK, Logan Teague hanya seberat 623 gram (g), kurang 283g daripada bayi terkecil yang dilahirkan di United Kingdom, namun kini beratnya mencecah tiga kilogram.

Danielle Forrester dan suami, Ben Teague masing-masing berusia 24 tahun meletakkan anak patung di sebelah anak lelaki mereka bagi membandingkan saiz dan ternyata bayi itu lebih kecil.

“Anak patung itu bersaiz kecil tetapi saiz Logan lebih kecil daripada itu menyebabkan saya terfikir betapa kecilnya anak kami.

“Saya hanya sedar mengandung ketika usia kandungan mencecah 13 minggu. Kandungan ini berisiko tinggi kerana saya menderita kegagalan buah pinggang sejak lima tahun lalu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 7:00 AM