WAKIL media berkumpul berhampiran dengan jeti menempatkan kapal Diamond Princess. FOTO Reuters
WAKIL media berkumpul berhampiran dengan jeti menempatkan kapal Diamond Princess. FOTO Reuters
AFP

Tokyo: Seramai 44 orang di dalam sebuah kapal persiaran yang dikuarantin di perairan Yokohama, disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19).

Kementerian Kesihatan Jepun berkata, ia menjadikan jumlah 218 kes dikesan dalam kalangan penumpang kapal Diamond Princess itu.

Menterinya, Katsunobu Kato berkata, pihaknya kini mahu memindahkan golongan tua yang disahkan negatif virus itu ke satu lokasi yang ditetapkan.

Sementara itu, daripada kes baharu itu, 43 adalah penumpang dan seorang lagi anak kapal.

Kapal itu sebelum ini diarahkan dikuarantin ketika berlabuh di perairan Yokohama.

Ia selepas seorang bekas penumpang yang pernah belayar dengan kapal itu dan mendarat di Hong Kong, positif Covid-19.

Ia dikatakan akan dikuarantin sehingga 19 Februari ini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 12:03 PM