AKSI ahli gusti wanita Jepun ketika bertarung. - Agensi
Agensi

WAJAH yang cantik dan dipadankan dengan pelbagai kostum menjadi tarikan terbaru kumpulan gusti wanita Jepun yang dikenali sebagai The Stardom.

Wanita muda yang juga dikenali dengan gelaran puroresu itu tidak kekok melepaskan tumbukan dan melakukan tendangan dari tempat tinggi ketika ‘bertarung’ di atas pentas pertunjukan.

Perkataan puroresu itu bermaksud ahli gusti profesional wanita dalam kalangan masyarakat negara matahari terbit itu.

Kumpulan ini juga dikenali sebagai ‘adik kecil’ kepada ahli gusti lelaki yang aktif dalam persembahan menerusi syarikat gusti profesional World Wonder Ring Stardom.

Bagi menarik perhatian dan mencetuskan kelainan, kumpulan ahli gusti wanita itu turut mengetengahkan elemen seni mempertahankan diri berbanding hanya gaya gusti Amerika.

Gambar di Dewan Korakuen di Tokyo menarik perhatian warganet apabila ahli gusti wanita memperagakan aksi ‘serangan’ dan tendangan kepada lawan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Februari 2020 @ 6:02 AM