KAKITANGAN kesihatan mengenakan sut khas ketika merawat pesakit di Hospital Jinyintan. FOTO Reuters.
KAKITANGAN kesihatan mengenakan sut khas ketika merawat pesakit di Hospital Jinyintan. FOTO Reuters.
AFP

Beijing: Kematian akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19) melepasi 1,500 hari ini, selepas lebih 139 lagi pesakit meninggal dunia di wilayah Hubei, lokasi utama penyebaran virus itu.

Suruhanjaya kesihatan wilayah turut melaporkan terdapat 2,420 kes baharu, iaitu separuh daripada jumlah yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Sekurang-kurangnya 1,519 sudah meninggal dunia akibat wabak yang bermula Disember lalu, sebelum merebak ke seluruh dunia sebulan selepas itu.

Lebih daripada 60,000 sudah dijangkiti, dengan kebanyakan kematian berlaku di Hubei.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Februari 2020 @ 8:47 AM