ANGGOTA perubatan memakai sut pelindung untuk membawa pesakit Covid-19 ke wad pengasingan di hospital daerah Caidian, China. FOTO China Daily via Reuters
ANGGOTA perubatan memakai sut pelindung untuk membawa pesakit Covid-19 ke wad pengasingan di hospital daerah Caidian, China. FOTO China Daily via Reuters
AFP

BEIJING: Jumlah kematian di China akibat Covid-19 melebihi angka 1,500 hari ini dan Beijing mengarahkan rakyatnya yang kembali ke bandar raya berkenaan dari cuti panjang sebelum ini menjalani kuarantin selama 14 hari.

Lebih 66,000 individu di China dijangkiti virus berkenaan sejak Disember lalu dan merebak ke beberapa lokasi selepas jutaan penduduk keluar bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bulan lalu.

Kerajaan China turut mengumumkan cuti tambahan bagi mengekang penularan wabak itu namun, sejak dua minggu lalu kebanyakan rakyatnya sudah kembali bekerja.

Kira-kira 283 juta perjalanan dilakukan dalam negara antara 25 Januari dan 14 Februari, kata Timbalan Menteri Pengangkutan China, Liu Xiaoming.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Februari 2020 @ 6:18 PM