ULAR air Florida yang ditemui di Lake Hollingsworth. FOTO Ihsan FB City of Lakeland Parks & Recreation.
ULAR air Florida yang ditemui di Lake Hollingsworth. FOTO Ihsan FB City of Lakeland Parks & Recreation.
AFP

Washington: Sebahagian kawasan di Tasik Hollingsworth, di bandar Florida terpaksa ditutup apabila penduduk tempatan menemui puluhan ular yang berkumpul untuk mengawan.

“Haiwan itu berkumpul untuk mengawan,” kata Jabatan City of Lakeland Parks and Recreation dalam kenyataan dimuat naik di Facebook (FB) yang turut disertakan gambar reptilia berkenaan.

Reptilia ini dikenali sebagai ular air Florida.

Pihak berkuasa menutup sebahagian kawasan yang menjadi lokasi haiwan itu berkumpul dengan pita berwarna kuning.

ULAR sawa yang ditangkap APM di pasar raya mini Kampung Bukit Badong. FOTO Ihsan APM.
ULAR sawa yang ditangkap APM di pasar raya mini Kampung Bukit Badong. FOTO Ihsan APM.

“Ini bagi melindungi orang awam dan ular berkenaan,” kata jabatan itu.

“Haiwan ini tidak berbisa dan biasanya tidak agresif selagi tidak diganggu. Selepas selesai proses mengawan, ia akan pergi membawa haluan masing-masing.

“Secara amnya, reptilia ini ditemui berehat di dahan pokok di kawasan berair, atau pesisir pantai. Ia sangat penting dalam ekosistem dan tidak sepatutnya diganggu,” kata jabatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 4:08 PM
Digital NSTP Subscribe