ABEL dan isterinya, Sally disahkan positif Covid-19 hari ini. FOTO AGENSI
ABEL dan isterinya, Sally disahkan positif Covid-19 hari ini. FOTO AGENSI
Agensi

TOKYO: Sepasang suami isteri warga emas yang juga penumpang kapal persiaran The Diamond Princess disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19), hari ini.

Daily Mail melaporkan, David Abel, 74, dan isterinya, Sally antara 160 individu yang disahkan menghidap wabak itu sejak dua hari lalu.

Mereka akan dikuarantin dan pengesahan berhubung perkara itu dibuat Abel menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Abel memuat naik hantaran itu dari dalam dalam kapal persiaran dan kerap berkongsi perkembangan terkini.

“Kami disahkan positif dan akan ke hospital tidak lama lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Abel dilaporkan berusaha mendapatkan bantuan dengan menghubungi kedutaan United Kingdom (UK) susulan kejayaan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain berjaya membawa keluar rakyat mereka.

Dalam pada itu, kedutaan UK di Tokyo dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa pulang warganya.

“Kami kini dalam dalam usaha membawa pesawat untuk membawa pulang penumpang warga UK dengan secepat mungkin,” katanya.

Pihak berkuasa Jepun mengesahkan 99 kes baru direkodkan semalam manakala, 169 penumpang The Diamond Princess disahkan positif sejak dua hari lalu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 454 dan hampir 3,000 penumpang masih berada di dalam kapal serta akan dikuarantin sehingga esok.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato berkata, proses membawa keluar kapal persiaran itu dari pelabuhan akan mengambil masa antara dua hingga tiga hari.

“Semua penumpang sudah menjalani ujian saringan dan sedang bersiap sedia membawa keluar mereka yang bebas virus itu selepas 19 Februari,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 7:17 PM