LEBIH 72,000 dijangkiti Covid-19 di China. FOTO REUTERS
LEBIH 72,000 dijangkiti Covid-19 di China. FOTO REUTERS
AFP

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19) di China kembali meningkat hari ini.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meyakinkan orang awam bahawa kes baharu yang dilaporkan adalah bersifat sederhana.

Sehingga kini, hampir 1,900 individu maut akibat wabak berkenaan dan lebih 72,000 lagi dijangkiti virus ini di China.

Angka rasmi kematian di China mencecah 1,868 hari ini selepas 98 individu maut, dengan sebahagian besarnya berlaku di Hubei dan Wuhan.

Jumlah kes baharu yang dilaporkan sedikit menurun dalam tempoh dua minggu ini namun, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa masih terlalu awal untuk menjangkakan penurunan itu akan berlarutan.

Hari ini juga media turut melaporkan kematian Pengarah di sebuah hospital di Wuhan, Liu Zhiming akibat Covid-19.

Dia adalah kakitangan perubatan ketujuh yang menjadi korban virus berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 8:25 PM
    Digital NSTP Subscribe