PENUMPANG kapal Diamond Princess dibawa keluar dengan bas. FOTO AFP
PENUMPANG kapal Diamond Princess dibawa keluar dengan bas. FOTO AFP
AFP

TOKYO: Dua penumpang kapal Diamond Princess yang positif koronavirus baharu (Covid-19) meninggal dunia.

NHK melaporkan mangsa, lelaki dan wanita, masing-masing berusia 80-an.

Berdasarkan laporan itu, kedua-duanya dibawa keluar dari kapal berkenaan pada 11 dan 12 Februari sebelum dirawat di hospital.

Kapal berkenaan menjadi kluster terbesar Covid-19 di luar China.

Ia selepas 621 kes positif dalam kalangan penumpang dan anak kapalnya.

Pada Rabu, seramai 443 penumpangnya lagi yang negatif Covid-19 mula dibenarkan mendarat dari kapal berkenaan selepas tamat tempoh kuarantin.

Kapal persiaran berkenaan diperintah untuk dikuarantin selepas berlabuh di pelabuhan di Yokohama, sejak 5 Februari lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 12:56 PM
    Digital NSTP Subscribe