SALAH satu lokasi serangan. FOTO AFP
SALAH satu lokasi serangan. FOTO AFP
Reuters

Berlin: Lelaki dipercayai menembak mati sembilan individu, ditemui mati di rumahnya.

Jurucakap polis berkata, mayat lelaki itu ditemui di Hanau, bandar di timur Frankfurt.

Media sebelum ini melaporkan lapan orang terbunuh dalam dua kejadian tembakan di dua bar shisha di Hanau.

Bagaimanapun, jumlah mangsa meningkat kepada sembilan selepas seorang individu yang parah dalam kejadian itu meninggal dunia.

Hanau, kira-kira 20 kilometer dari Frankfurt.

Berita berkaitan

Serangan bar shisha: 8 terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 2:24 PM