CARTA 0 filem terbaik di carta iTunes British dikuasai filem bertema penyakit. FOTO AGENSI
CARTA 0 filem terbaik di carta iTunes British dikuasai filem bertema penyakit. FOTO AGENSI
AFP

HONG KONG: Dalam keadaan seluruh dunia berdepan penularan Covid-19, minat terhadap filem, permainan video dan siri televisyen bertema penyakit menunjukkan peningkatan.

Ini kerana penonton yang bimbang dengan keadaan semasa cuba mencari jawapan melalui dokumentari dan filem bertemakan bencana.

Kebiasaannya, filem-filem yang dimuat turun di iTunes adalah filem blockbuster.

Namun, dalam tempoh beberapa minggu ini, filem seperti "Contagion" yang dikeluarkan pada 2011 rahan Steven Soderbergh telah menduduki carta antara 10 filem terbaik di carta iTunes British pada minggu terakhir Januari.

Filem lakonan Gwyneth Paltrow, yang memainkan watak seorang peniaga telah menyebarkan satu virus ke Amerika Syarikat selepas berjabat tangan dengan seorang tukang masak di Macau.

Filem itu dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan situasi semasa.

Sebagaimana Covid-19, penyakit dalam filem itu bermula daripada jangkitan melalui haiwan kepada manusia di China, sebelum ia menular ke negara lain.

Bagaimanapun, filem berkenaan lebih menakutkan kerana virus itu menyebabkan 26 juta penduduk dunia terbunuh.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 8:34 PM