Kapal Persiaran Diamond Princess ketika berlabuh di Yokohama. FOTO Reuters
Kapal Persiaran Diamond Princess ketika berlabuh di Yokohama. FOTO Reuters
AFP

SYDNEY: Dua rakyat Australia yang menaiki Kapal Persiaran Diamond Princess disahkan positif ujian koronavirus baharu (Covid-19).

Perkembangan terbaharu yang disahkan hari ini, mencetuskan pertikaikan pihak berkuasa tentang kelemahan polisi Jepun yang membenarkan mangsa pulang selepas ujian dilakukan menunjukkan negatif dari virus berkenaan.

Pemangku Ketua Pegawai Kesihatan Wilayah Utara, Dianne Stephens berkata dua rakyat mereka postif dan mengalami gejala penyakit ringan.

Sebanyak enam rakyat Australia menjalani semula ujian berkenaan dan dua daripada mereka iaitu seorang warga emas dan anak muda disahkan positif.

Ketua Pegawai Perubatan Australia Professor Brendan Murphy berkata, orang awam tidak perlu bimbang dengan perkembangan terbaharu itu.

“Saya memberi jaminan kepada masyarakat dua kes ini adalah pertama buat masa ini.

“Kami ditugaskan untuk menguruskan mereka dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ratusan penumpang dibenarkan meninggalkan kapal berkenaan selepas ujian dilakukan negatif dari wabak berkenaan.

Awal minggu ini, sebahagian daripada 164 rakyat Australia dipindahkan dari kapal itu untuk menjalani kuarantin di sebelah utara perairan Australia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 10:52 AM