Suspek ditahan polis. FOTO Agensi
Suspek ditahan polis. FOTO Agensi
Agensi

London: Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang disyaki menikam muazin di sebuah masjid di tengah London, semalam.

Daily Mail melaporkan, pihak berkuasa mengesahkan kejadian berkenaan tiada kaitan dengan serangan pengganas.

Mangsa dikenali sebagai Rafat Maqlas,69, ditikam pada lehernya ketika mahu menunaikan solat Asar, semalam.

Selepas kejadian, warga emas itu dibawa ke hospital dan masih tersenyum ketika dirawat.

RAFAT Maqlas. FOTO Agensi
RAFAT Maqlas. FOTO Agensi

Ketua Unit Penguasa Daerah Pentadbiran London tengah Superintendan Helen Harper berkata, siasatan dilakukan untuk menyiasat motif kejadian.

“Kita percaya ia cuma insiden terpencil. Rondaan ditingkatkan di sekitar kawasan masjid untuk keselamatan orang ramai. Saya juga ingin berterima kasih kepada setiap orang dalam masjid yang membantu mengesan suspek sebelum ditahan dan tidak putus-putus memberikan maklumat dalam membantu siasatan pegawai saya.

“Kecederaan dialami mangsa juga tidak serius,” katanya.

Seorang saksi memberitahu, suspek biasa dilihat di masjid itu dan kali terakhir dilihat enam bulan lalu.

Suspek yang menikam muazin berkenaan. FOTO Agensi
Suspek yang menikam muazin berkenaan. FOTO Agensi

Abi Watik, 59, berkata, mangsa menikam sekali di bahu kanan mangsa ketika solat baru dimulakan.

“Suspek pada mulanya dilihat solat di belakang mangsa sebelum menikamnya.

“Saya percaya suspek itu memang menunggu detik itu untuk menyerang.

Perdana Menteri Boris Johnson menzahirkan kedukaan di atas kejadian berkenaan.

“Saya sangat sedih mendengar serangan berlaku di masjid tengah London. Ia sungguh mengerikan dan tidak patut berlaku lebih-lebih lagi dalam tempat ibadat.

“Ingatan tulus ikhlas saya untuk mangsa dan mereka yang terkesan,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 12:12 PM
Digital NSTP Subscribe