KUMPULAN militan Houthi berkumpul di Sanaa. FOTO Reuters
KUMPULAN militan Houthi berkumpul di Sanaa. FOTO Reuters
AFP

Riyadh: Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu Yaman yang disasarkan di bandar itu.

Ketua gabungan tentera rantau yang diterajui Riyadh berkata, serangan rentas sempadan terbaharu itu dilakukan pemberontak, kumpulan militan Houthi yang disokong Iran.

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan Saudi Press Agency (SPA), jurucakap gabungan itu, Turki al-Maliki berkata kumpulan terbabit melancarkan serangan itu secara sistematik dan sengaja dengan mensasarkan bandar dan orang awam.

“Tindakan ini bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Ibu negara (Sanaa) menjadi tempat perhimpunan Houthi, pemasangan dan pelancaran hab peluru berpandu balistik yang mensasarkan kerajaan,” katanya.

Arab Saudi berulang kali menuduh Iran membekalkan senjata canggih kepada kumpulan pemberontak itu namun tetap dinafikan Tehran.

Gabungan berkenaan campur tangan menyokong pemerintahan kerajaan Yaman pada 2015 apabila Presiden Abedrabbo Mansour Hadi melarikan diri ke Arab Saudi.

Sejak itu, berlaku konflik pembunuhan puluhan ribu orang kebanyakannya daripada orang awam.

Jutaan orang kehilangan tempat tinggal dan memerlukan bantuan.

Pertempuran itu digambarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBB) sebagai krisis kemanusiaan terburuk dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 12:49 PM
Digital NSTP Subscribe