SEBUAH farmasi di Wuhan beroperasi, sementara kedai lain di bangunan sama masih ditutup. FOTO Reuters/ China Out.
SEBUAH farmasi di Wuhan beroperasi, sementara kedai lain di bangunan sama masih ditutup. FOTO Reuters/ China Out.
Agensi

BEIJING: Jumlah kes terbaharu Covid-19 semakin menurun apabila China merekodkan hanya 397 kes baharu hari ini, berbanding 889 kes semalam, lapor Reuters.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesahkan pertambahan kes terbaharu itu menjadikan jumlah kes jangkitan mencecah 76,288 di negara itu.

Setakat semalam, jumlah kematian akibat wabak itu dicatatkan sebanyak 2,345 orang

Wilayah Hubei yang menjadi lokasi punca bermulanya wabak itu, merekodkan 109 lagi kes kematian, dengan 90 kes di Wuhan.

Sementara itu, South China Morning Post melaporkan, jumlah kes jangkitan di seluruh dunia setakat hari ini mencatatkan 77,767 dan kematian 2,360 manakala mangsa yang sembuh daripada wabak itu 20,833.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 10:32 AM