PENGGUNA kereta api bawah tanah di Milan memakai penutup mulut dan hidung. FOTO AFP
PENGGUNA kereta api bawah tanah di Milan memakai penutup mulut dan hidung. FOTO AFP
AFP

MILAN: Sekurang-kurangnya 10 bandar di utara Itali dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown).

Ia selepas dua kes kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) di negara itu.

Perdana Menteri Giuseppe Conte berkata, penduduk tidak dibenarkan keluar dari bandar terbabit

Selain itu, sekolah dan premis perniagaan diarah tutup bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Itali menjadi negara Eropah pertama dengan kes kematian akibat wabak itu.

Setakat ini, ada 79 kes Covid-19 sudah dilaporkan di negara berkenaan.

Dalam pada itu, Iran mengesahkan 29 kes Covid-19 dengan enam kes kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 3:13 PM
    Digital NSTP Subscribe