PEKERJA melakukan semburan pembasmi kuman di pasar di bandar Daegu, Korea Selatan. FOTO AFP
PEKERJA melakukan semburan pembasmi kuman di pasar di bandar Daegu, Korea Selatan. FOTO AFP
AFP

SEOUL: Korea Selatan mengumumkan amaran tahap tertinggi susulan 602 rakyatnya dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19).

Presidennya Moon Jae-in berkata, amaran ditingkatkan berikutan kenaikan mendadak itu.

“Insiden Covid-19 menghadapi titik perubahan serius.

“Hari mendatang akan menjadi sangat genting.

“Justeru, kerajaan akan menaikkan amaran ke tahap tertinggi berdasarkan nasihat pakar,” katanya.

Korea Selatan mencatatkan peningkatan kes jangkitan wabak itu yang menular selepas dikaitkan dengan pengunjung sebuah gereja di Daegu, minggu lalu.

Republik itu merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi selepas China, selain daripada jangkitan di atas kapal Diamond Princess di Jepun.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 4:42 PM