KAKITANGAN perubatan menggunakan pakaian khas ketika menunggu pesakit Covid-19 di hadapan Hospital Daegu, Korea Selatan. FOTO Yonhap/AFP.
KAKITANGAN perubatan menggunakan pakaian khas ketika menunggu pesakit Covid-19 di hadapan Hospital Daegu, Korea Selatan. FOTO Yonhap/AFP.
AFP

WABAK koronavirus baharu (Covid-19) yang bermula di China akhir tahun lalu sudah membunuh lebih 2,400 nyawa dan merebak ke seluruh dunia.

Sebanyak 26 kematian dilaporkan di luar China, dengan lebih 1,500 dilaporkan dijangkiti, dan kes lebih tertumpu kepada Korea Selatan dan kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di Jepun.

Berikut adalah lokasi Covid-19 merebak:

Sehingga Ahad, kira-kira 77,000 sudah dijangkiti dan 2,442 maut di China, yang majoritinya sekitar Wuhan, di Wilayah Hubei.

Dua maut dan sekurang-kurangnya 70 sudah dijangkiti di Hong Kong, manakala 10 lagi di Macau.

SUKARELAWAN komuniti mengambil suhu pekerja penghantaran yang masuk ke kawasan perumahan mereka di Beijing. FOTO AFP.
SUKARELAWAN komuniti mengambil suhu pekerja penghantaran yang masuk ke kawasan perumahan mereka di Beijing. FOTO AFP.

Seramai 602 rakyat dijangkiti virus berkenaan di Korea Selatan, dan enam disahkan maut, malah kes meningkat dengan ketara di negara ini.

Sementara di Jepun, lebih 130 rakyat sudah dijangkiti dan merekodkan empat kematian, yang mana tiga daripadanya adalah penumpang Diamond Princess.

Kes di negara lain adalah Singapura (89); Thailand (35); Malaysia (22); Taiwan (26 termasuk satu kematian); Australia (22); Vietnam (16); Filipina (tiga termasuk satu kematian); India (tiga) dan masing-masing satu di Nepal, Sri Lanka dan Kemboja.

Di Amerika Syarikat mencatatkan 35 ke, manakala Kanada sembilan kes.

Sementara di Itali merekodkan 149 kes dengan tiga kematian.

Sabtu lalu, Itali adalah satu-satunya di negara Eropah yang mengenakan perintah kuarantin dengan lebih 50,000 rakyat di 11 bandar dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) selepas dua kes kematian akibat Covid-19.

Sementara di Jerman mencatatkan 16 kes; Perancis 12 termasuk satu kematian, Britain (13); Rusia (5); Sepanyol (2); dan masing-masing satu di Finland, Sweden dan Belgium.

Di Iran mencatatkan 43 kes dengan lapan kematian, iaitu tertinggi di luar China.

Sementara di Arab Saudi sebanyak 13 kes dan masing-masing satu kes di Israel, Lebnon dan Mesir.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 9:20 AM