PESAKIT diinfeksi selepas dibenarkan keluar dari hospital. FOTO AFP.
PESAKIT diinfeksi selepas dibenarkan keluar dari hospital. FOTO AFP.
AFP

BEIJING: Pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah melawat pusat bandar yang dikenakan sekatan masuk dan keluar (lockdown) akibat penularan wabak Covid-19, kata pihak berkuasa China.

Lawatan hujung minggu lalu adalah kunjung pertama yang dilaporkan daripada WHO, sejak virus berkenaan muncul di bandar yang mempunyai 11 juta populasi, akhir tahun lalu.

Covid-19, yang disyaki bermula mula menjangkiti manusia daripada haiwan di sebuah pasar di Wuhan sudah meragut lebih 2,500 nyawa di seluruh China, dan merebak ke seluruh dunia.

Dalam lawatan itu, kumpulan pakar antarabangsa diketuai WHO memeriksa dua hospital termasuk sebuah pusat sukan yang dijadikan hospital sementara, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, hari ini.

Kumpulan itu turut melawat Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Ma Xiaowei dan pegawai kanan di pusat kawalan penyakit berjangkit di wilayah Hubei.

China mengenakan perintah berkurung terhadap Wuhan dan beberapa bandar lain di Hubei, dengan menghalang lebih 10 juta rakyatnya daripada keluar sejak akhir Januari lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 3:44 PM