Emmanuelle Bercot dan Claire Denis menerima Anugerah Pengarah Terbaik bagi pihak Roman Polanski pada Anugerah Cesar ke-45 di Paris, Perancis. FOTO Reuters.
Emmanuelle Bercot dan Claire Denis menerima Anugerah Pengarah Terbaik bagi pihak Roman Polanski pada Anugerah Cesar ke-45 di Paris, Perancis. FOTO Reuters.
Reuters

Paris: Roman Polanski diangkat sebagai Pengarah Terbaik dalam Anugerah Cesar Perancis melalui filem ‘An Officer and a Spy’.

Polanski bagaimanapun menjauhkan diri daripada acara gilang-gemilang itu biarpun filem arahannya menggondol tiga anugerah pada majlis berkenaan kerana bimbang keselamatan dirinya.

Untuk rekod, ramai wanita turun ke jalan raya menyertai demonstrasi anjuran badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah tindakan Polanski yang dikaitkan dengan kesalahan merogol.

Filem arahan Polanski itu mengisahkan tentang penganiayaan terhadap pegawai tentera Yahudi Perancis, Alfred Dreyfus pada tahun 1890-an.

Polanski turut meraih dua anugerah lain iaitu, Pereka Kostum Terbaik dan Penyesuaian Terbaik melalui filem berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 8:56 AM