AMIRUDIN menjual sayuran dengan memakai jubah graduasi. FOTO Agensi
AMIRUDIN menjual sayuran dengan memakai jubah graduasi. FOTO Agensi
Agensi

JAKARTA: Hasrat untuk melanjutkan pengajian sehingga bergelar pensyarah tetap diteruskan seorang pemuda walaupun perlu menjual sayur bagi melangsaikan pembayaran yuran.

Tindakan Amirudin itu ternyata memberi inspirasi kepada masyarakat yang tertarik dengan gayanya yang lengkap memakai jubah graduasi ketika keluar menjual sayuran.

Tribune News melaporkan, lelaki terbabit yang juga alumni Universitas Tunas Pembangunan (UTP) Surakarta bercita-cita untuk menyambung pengajiannya, namun terpaksa ditangguhkan ekoran kesempitan wang.

Namun, bagi memastikan cita-citanya tertunai, Amirudin tidak malu untuk menjual sayuran di kawasan kejiranannya dalam usaha untuk mengumpul wang.

“Cita-cita saya mahu bergelar pensyarah dan dalam masa sama perlu mencari wang bagi meneruskan hidup dan mengumpul yuran pengajian.

“Saya mahu kedua-duanya berjaya iaitu pengajian dan perniagaan. Biar dua perkara ini berjalan serentak,” katanya.

Bukan itu saja, bagi memastikan impiannya tercapai dengan lebih cepat, Amirudin turut membela lembu dan kambing berdekatan rumahnya, sebelum ternakan itu dijual apabila cukup usia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 7:15 AM