KAPAL persiaran Grand Princess. FOTO AFP
KAPAL persiaran Grand Princess. FOTO AFP
AFP

LOS ANGELES: Seramai 21 orang di atas kapal persiaran Grand Princess yang terkandas di perairan San Francisco, positif Covid-19.

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence mengesahkan perkara itu, pada Jumaat.

“Antara yang positif adalah 19 anak kapal dan dua penumpang,” katanya yang ditugaskan Presiden Donald Trump untuk menyelaraskan tindakan AS dalam usaha menangani wabak berkenaan.

Pence berkata, kapal itu akan dibawa ke limbungan bukan komersial hujung minggu ini.

Katanya, semua 3,533 penumpang dan anak kapal akan menjalani ujian saringan.

Kapal itu sebelum ini terkandas di perairan San Francisco sejak Rabu, selepas dua bekas penumpangnya positif Covid-19.

Seorang daripadanya disahkan meninggal dunia akibat wabak itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 9:25 AM