KES seorang remaja berusia 15 tahun dipaksa bekerja di pusat urut dan dirogol dibicarakan di Mahkamah Dubai. FOTO Agensi
KES seorang remaja berusia 15 tahun dipaksa bekerja di pusat urut dan dirogol dibicarakan di Mahkamah Dubai. FOTO Agensi
Agensi

DUBAI: Seorang lelaki Bangladesh didakwa melacurkan remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah premis urut di sini.

Tertuduh yang berusia 36 tahun juga didakwa merogol mangsa selepas membawanya ke pusat hiburan dan memberinya minum soda dicampur alkohol.

Gulf News melaporkan berdasarkan prosiding di mahkamah di Dubai, remaja itu mendakwa dibawa dari Bangladesh oleh ibu saudaranya.

Wanita itu dikatakan memaksanya bekerja di sebuah premis urut tetapi berjanji akan menghantarnya pulang ke negara asal.

Bagaimanapun, remaja itu kemudian bertemu dengan tertuduh.

Lelaki itu kemudian memberitahu ibu saudaranya dia sudah jatuh hati dengan gadis itu.

“Saya tidak mahu menjalinkan hubungan dengannya. Dia membawa saya ke pusat hiburan dan menawarkan saya air soda.

“Saya tak tahu air itu dicampur dengan alkohol. Saya tak ingat apa yang terjadi. Apabila terjaga, saya berada di bilik tidur lelaki itu dan mendapati dia sudah melakukan hubungan seks dengan saya,” katanya.

Katanya, sebelum itu, ibu saudaranya memberitahu tertuduh sanggup membiaya pengajiannya, jika dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 6:15 AM