FANGFANG jururawat yang dihantar bertugas di Hunan. Gambar kanan, Fangfang memegang kad mencari jodoh di media sosial. FOTO worldofbuzz.com
FANGFANG jururawat yang dihantar bertugas di Hunan. Gambar kanan, Fangfang memegang kad mencari jodoh di media sosial. FOTO worldofbuzz.com
Agensi

WUHAN: Gara-gara sibuk bertugas mengurus pesakit Covid-19, seorang jururawat wanita di sini, membuat permintaan pelik kepada kerajaan China.

Lapor portal Unilad, wanita bernama Tian Fangfang berusia 30 tahun itu meminta kerajaan mencarikan jodoh buatnya selepas berakhirnya penularan wabak itu kelak.

Menurut wanita itu, dia berharap kerajaan memberikannya seorang teman lelaki sebagai hadiah selepas kepenatan bekerja keras mengikut syif di hospital.

Wanita itu memakai sut perlindungan dan gogal sambil memegang sebuah kad mengandungi mesej berkenaan sebelum berkongsinya di laman sosial.

Hantaran petugas perubatan itu menjadi tular dan dia terkejut apabila mendapati seluruh negara mengetahui dia mencari teman hidup.

Bercakap kepada media tempatan, Ren Jian Zhi Bei, Fangfang mengesahkan dia mencari lelaki tinggi berikutan dia memiliki ketinggian 167 sentimeter.

Bagaimanapun katanya, apa yang lebih penting sekarang dia mengutamakan tugasnya terlebih dahulu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 7:15 AM