SUASANA lengang di sebuah lapangan terbang di Itali, selepas negara itu mengumumkan sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) akibat Covid-19. FOTO AFP
SUASANA lengang di sebuah lapangan terbang di Itali, selepas negara itu mengumumkan sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) akibat Covid-19. FOTO AFP
AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan koronavirus baharu sebagai pandemik.

Ia turut memberi amaran penularan global wabak itu amat membimbangkan.

Kes Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada lebih 124,000 kes dengan 4,500 kematian.

Majoriti kes adalah di China tetapi kes baharu semakin meningkat di Itali, Iran dan Sepanyol.

“Kita tidak pernah melihat sebelum ini pandemik disebabkan oleh koronavirus,” kata Ketua WHO Adhanom Ghebreyesus.

Pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 8:50 AM
    Digital NSTP Subscribe