PEJALAN kaki melalui kawasan grafiti di Grafton Street di pusat bandar Dublin yang tertera menyuruh orang membasuh tangan. FOTO AFP.
PEJALAN kaki melalui kawasan grafiti di Grafton Street di pusat bandar Dublin yang tertera menyuruh orang membasuh tangan. FOTO AFP.
Agensi

EROPAH kini menjadi pusat penularan wabak Covid-19, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

“Eropah kini mempunyai lebih banyak kes Covid-19 yang dilaporkan setiap hari berbanding di China,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Lebih 132,500 kes dilaporkan di 132 negara dan wilayah, dengan lebih 5,000 kematian.

Beliau berkata penyakit itu boleh berlaku di mana-mana negara dan ia adalah ‘musuh biasa.’

Semua negara perlu ‘mengesan, melindungi dan merawat’ untuk memusnahkan rantai penularan, katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 11:05 AM