MASJID al-Aqsa ditutup bagi mengekang penularan Covid-19. FOTO AGENSI
MASJID al-Aqsa ditutup bagi mengekang penularan Covid-19. FOTO AGENSI
Reuters

Baitulmuqaddis: Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas akan ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pengarah Masjid al-Aqsa, Omar Kiswani berkata, bagaimanapun pengunjung masih boleh bersolat di bahagian terbuka masjid berkenaan.

“Jabatan Waqf Islamik membuat keputusan untuk menutup ruang solat dalam masjid ini sehingga diberitahu kelak.

“Ia adalah sebagai langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19 dan solat akan dilaksanakan di ruang terbuka masjid ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 6:03 PM
    Digital NSTP Subscribe