SEORANG pekerja stesen minyak memakai penutup hidung dan mulut menunggu pelanggan di Riyadh, Arab Suadi. FOTO AFP
SEORANG pekerja stesen minyak memakai penutup hidung dan mulut menunggu pelanggan di Riyadh, Arab Suadi. FOTO AFP
Reuters

RIYADH: Arab Saudi mengisytiharkan perintah berkurung bermula hari ini selepas mencatatkan peningkatan 25 peratus kes Covid-19.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula menghentikan semua penerbangan keluar masuk ke negara itu selama dua minggu, kecuali penerbangan kargo.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, mengarahkan perintah berkurung antara jam 7 petang hingga 6 pagi selama 21 hari itu bagi membendung penularan wabak baharu itu, lapor agensi berita SPA.

Kementerian Kesihatan UAE juga memutuskan untuk menutup kompleks beli-belah dan pusat komersial, kecuali farmasi serta pasar raya selain pasar basah membabitkan pemborong.

Agensi berita WAM melaporkan, penutupan itu bermula dalam tempoh 48 jam dan dikuat kuasa selama dua minggu, bergantung kepada semakan dan penilaian semula.

Semalam, Arab Saudi merekodkan 119 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 511 ke, yang tertinggi dalam kalangan negara Teluk Arab.

Jumlah keseluruhan kes bagi negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mencecah 1,700.

Bahrain mencatatkan kematian kedua semalam yang membabitkan seorang warganya yang dibawa pulang dari Iraq.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 2:30 PM
    Digital NSTP Subscribe