ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung di jalan raya di Berlin. FOTO AFP
ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung di jalan raya di Berlin. FOTO AFP
BERNAMA

BERLIN: Kira-Kira enam juta penutup mulut hidung dan mulut yang dibeli Jerman dilaporkan hilang di sebuah lapangan terbang di Kenya, menurut laman web majalah Der Spiegel Jerman pada Selasa.

Agensi berita Anadolu yang memetik majalah itu mengatakan Kementerian Pertahanan Jerman mengesahkan pihak berkuasa sedang menyiasat perkara itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Jerman baru-baru ini menempah topeng muka berkenaan serta beberapa kelengkapan perlindungan lain, bernilai kira-kira €241 juta (AS$262 juta ) untuk kegunaan membendung penyebaran wabak Covid-19.

Tempahan itu sepatutnya sampai di Jerman pada 20 Mac.

Jerman negara Eropah ketiga paling teruk terjejas selepas Itali dan Sepanyol. Jerman setakat ini melaporkan 30,150 kes dengan 130 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 8:18 AM
    Digital NSTP Subscribe