JUMLAH kematian di Iran akibat Covid-19 kini ialah 2,077 kematian. FOTO AFP
JUMLAH kematian di Iran akibat Covid-19 kini ialah 2,077 kematian. FOTO AFP
Agensi

Tehran: Iran mungkin berdepan gelombang kedua wabak Covid-19 memandangkan segelintir warganya mengabaikan panduan yang ditetapkan kerajaan.

Reuters melaporkan, jurucakap kerajaan Iran, Ali Rabiei berkata, terdapat warga Iran tidak mengendahkan nasihat kementerian kesihatan dan keluar ketika sambutan tahun baru Iran.

“Ia boleh menyebabkan gelombang kedua wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu, AFP melaporkan, Iran akan melarang perjalanan antara bandar bermula esok atau lusa dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.

“Perjalanan akan dihalang dan tiada sesiapa boleh meninggalkan bandar,” kata Rabiei.

Menteri Dalam Negeri, Abdolreza Rahmani Fazli memaklumkan agensi berita IRNA mengenai larangan perjalanan itu yang akan dilaksanakan esok atau lusa.

Kerajaan Iran terpaksa mengambil langkah lebih keras kerana tindakan sebelum ini dilihat tidak berkesan mengekang penyebaran wabak.

“Mereka yang melanggar peraturan ditetapkan akan berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

Iran mencatatkan 2,206 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan 27,017 kes yang meliputi 2,077 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 8:39 PM