KANAK-KANAK bermain di taman permainan di Wuhan, China. FOTO AFP
KANAK-KANAK bermain di taman permainan di Wuhan, China. FOTO AFP
Reuters

Beijing: China merekodkan kes jangkitan tempatan Covid-19 pertama dalam tempoh tiga hari.

Bagaimanapun, kes membabitkan pelancong dari luar negara terus mendominasi jumlah keseluruhan kes terbaharu.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China berkata, 55 kes terbaharu direkodkan di China pada Khamis, namun hanya satu kes import.

Kelmarin, terdapat 67 kes terbaharu dilaporkan di republik ini.

Satu kes jangkitan tempatan berlaku di wilayah Zhejiang.

Jumlah keseluruhan jangkitan di seluruh China kini mencecah 81,340 dengan angka kematian meningkat daripada lima kepada 3,292.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 10:54 AM
    Digital NSTP Subscribe