HAIWAN berkeliaran di jalan raya. FOTO Agensi
HAIWAN berkeliaran di jalan raya. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Ketika dunia sedang melaksanakan perintah berkurung dan pengurangan pergerakan bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19, haiwan liar dilihat mula keluar dari persembunyian masing-masing.

Lapor Hindustan Times, pergerakan haiwan itu direkodkan dan disebarkan pengguna media sosial.

Bukan saja di India haiwan liar jarang dijumpai di seluruh dunia juga keluar berkeliaran di bandar dan pantai.

Seorang pegawai Agensi Perhutanan India (IFS), Parveen Kaswan memuat naik ciapan sebuah video kelihatan seekor nilgai berkeliaran di jalan sunyi di Noida, utara India yang hanya kelihatan seorang polis bertugas.

Nilgai (Boselaphus tragocamelus) ialah sejenis antelop yang paling senang ditemui di kawasan tengah dan utara India serta bahagian timur Pakistan serta beberapa bahagian selatan Nepal. Nilgai jantan dewasa berupa seakan-akan lembu, maka diberi jolokan blue bull (lembu biru).

Sushant Nanda pula berkongsi rakaman video sekumpulan rusa sambar sebelum ini bersembunyi di luar bandar kini semakin berani bebas keluar.

“Nampak rusa merayau atas jalan. Pengirim (video) memberitahu ia berlaku berdekatan Taman Nasional Rajaji,” tulisnya.

Bukan saja di jalanan, malah pegawai perhutanan IFS itu berkongsi penemuan spesies jarang jumpa kura-kura albino, olive ridley di Sungai Rushikulya, Odisha, India.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Charlotte Simmonds turut memuat naik ciapan mengenai penemuan seekor merak, wild turkey di kawasan taman permainan sekolah berhampiran rumahnya di San Francisco, California.

Daniel Tilles dari Poland berkongsi gambar dan video sekumpulan rusa sedang merayau di jalan raya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 9:18 AM