X
KAKITANGAN EMS berada di luar Jabatan Kecemasan Hospital St. Barnabas. FOTO AFP.
KAKITANGAN EMS berada di luar Jabatan Kecemasan Hospital St. Barnabas. FOTO AFP.
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) menjadi negara mencatatkan jangkitan Covid-19 paling tinggi di dunia, dengan jumlah keseluruhan 115,547 kes, setakat semalam.

Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam lalu juga, AS turut mencatatkan 453 kematian, menjadikan jumlah kematian mencecah 1,891 sejak pandemik ini bermula.

Di Itali, jumlah jangkitan adalah 10,023, Sepanyol (5,812), China (3,299) dan Perancis sebanyak 2,317 kes.

New York yang menjadi pusat wabak di AS mempunyai lebih 50,000 kes atau separuh daripada jumlah keseluruhan kes di negara itu.

Situasi itu mendorong Presiden AS Donald Trumph untuk mempertimbangkan kuarantin di seluruh negeri itu.

Sementara, Gabenor New York Andrew Cuomo memberitahu pemberita, beliau tidak fikir langkah itu boleh menjadi sah di sisi undang-undang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 11:29 AM