PENUTUP mulut dan hidung yang dijual di pasaran. FOTO Hasriyasyah Sabudin.
PENUTUP mulut dan hidung yang dijual di pasaran. FOTO Hasriyasyah Sabudin.
BERNAMA

Amsterdam: Pihak berkuasa Belanda menarik balik 600,000 penutup mulut dan hidung yang diimport dari China kerana tidak memenuhi piawaian ditetapkan, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu.

Kementerian Kesihatan menarik balik penutup mulut dan hidung jenis FFP2.

Belanda mengimport 1.3 juta penutup mulut dan hidung dari China, dalam usahanya untuk membendung wabak Covid-19, menurut stesen televisyen NOS.

Belanda mempunyai 1,819 kes jangkitan dengan 639 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 2:50 PM