X
PESAWAT dipercayai dari syarikat Lion Air yang membawa peralatan perubatan meletup ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila. FOTO Reuters
PESAWAT dipercayai dari syarikat Lion Air yang membawa peralatan perubatan meletup ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila. FOTO Reuters
Reuters

MANILA: Pesawat yang membawa peralatan perubatan meletup ketika sedang berlepas di sini, mengorbankan lapan penumpang dan kru.

Pesawat berkenaan berlepas dari Manila menuju ke Haneda, Jepun dan meletup di hujung landasan.

Anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Senator dan Ketua Palang Merah Filipina, Richard Gordon yang membuat hantaran di Twitter berkata, pesawat berkenaan dipercayai dari syarikat Lion Air membawa tiga kakitangan perubatan, tiga kru penerbangan, seorang pesakit dan pengiringnya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 11:03 PM