Japan's Prime Minister Shinzo Abe wears a protective face mask as he attends an upper house parliamentary session, following an outbreak of the coronavirus disease (COVID-19), in Tokyo, Japan April 1, 2020. REUTERS/Issei Kato

AFP

JEPUN akan menyekat kemasukan pengunjung dari Amerika Syarikat, China dan sebahagian besar negara Eropah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perdana Menterinya, Shinzo Abe berkata, sekatan itu juga turut dikenakan bagi individu dari Australia, Britain, Korea Selatan dan beberapa negara Asia Tenggara bermula Jumaat ini.

Setakat ini, Jepun sudah mengenakan sekatan ke atas pengunjung dari beberapa negara Eropah, China dan Korea Selatan.

Abe berkata, 73 negara akan dikenakan sekatan kemasukan ke Jepun.

Jepun meminta semua pengunjung termasuk warganya untuk mengasingkan diri dan mengelak menggunakan pengangkutan awam selama dua minggu bermula Jumaat ini.

Walaupun Jepun tidak mencatatkan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang tinggi seperti di Amerika Syarikat atau sebahagian Eropah, namun peningkatan kes di Tokyo menimbulkan kebimbangan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 9:27 PM