ANTARA jemaah tabligh di Nizamuddin, New Delhi. FOTO AFP
ANTARA jemaah tabligh di Nizamuddin, New Delhi. FOTO AFP
BERNAMA

NEW DELHI: Rakyat Malaysia antara warga asing yang dikuarantin di India kerana disyaki dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19), seorang daripadanya didapati positif.

Mereka ke India baru-baru ini untuk menyertai perhimpunan pertubuhan Tablighi Jamaat di negara itu.

Perhimpunan itu dihadiri warga asing dan penduduk tempatan, diadakan di pusat Tabligh di New Delhi.

Seramai 2,361 orang dipindahkan dari ibu pejabat Tabligh itu yang juga dikenali sebagai Markaz, terletak di Nizamuddin.

Proses evakuasi berlangsung selama 36 jam dan berakhir Rabu pagi.

Ramai dihantar ke pusat kuarantin dan 617 orang dimasukkan ke hospital, kata Timbalan Ketua Menteri New Delhi, Manish Sisodia.

Seorang wanita warga Malaysia didapati positif Covid-19 di Ranchi, Jharkhand.

Beberapa kes positif dilaporkan dikesan dalam kalangan mereka yang hadir di perhimpunan itu dan polis sedang berusaha mengesan yang lain.

Sehingga Rabu petang, kes jangkitan di India mencecah 1,590 dengan 45 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 10:50 PM