FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

NEW DELHI: Suami isteri cuba membunuh diri selepas dipercayai tidak mendapat tempat untuk menaiki penerbangan khas untuk ke Malaysia.

Media tempatan melaporkan bahawa insiden mencemaskan itu berlaku Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchi.

Pasangan terbabit dipercayai berusia 55 dan 65 tahun dikatakan kecewa selepas mendapati nama mereka tidak tersenarai untuk penerbangan khas itu.

Mereka kemudian dipercayai cuba membunuh diri menggunakan pil tidur tetapi tindakan mereka berjaya dihentikan pihak berkuasa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 2:59 PM