ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung ketika di Brooklyn. New York. FOTO AFP
ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung ketika di Brooklyn. New York. FOTO AFP
BERNAMA

NEW YORK: Jumlah mangsa maut akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu melepasi 8,000 orang, menurut data Johns Hopkins University.

Sejumlah 8,098 orang meninggal dunia dan 297,575 kes jangkitan, lapor agensi berita Xinhua.

Angka kematian paling ramai dicatatkan di New York iaitu seramai 3,565 orang, di New Jersey (846 orang) dan Michigan (479 orang).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 3:34 PM