HARIMAU yang dijangkiti Covid-19 di sebuah zoo di Bronx, New York. FOTO Agensi
HARIMAU yang dijangkiti Covid-19 di sebuah zoo di Bronx, New York. FOTO Agensi
Agensi

NEW YORK: Harimau Malaya betina berusia empat tahun yang ditempatkan di Zoo The Bronx, dekat sini, disahkan positif koronavirus baharus (Covid-19).

BBC News melaporkan, keputusan ujian terhadap harimau itu disahkan oleh Perkhidmatan Makmal Veterinar Kebangsaan di Lowa.

Haiwan diberi nama Nadia itu dipercayai mendapat jangkitan virus itu daripada penjaga di zoo berkenaan.

Nadia, bersama harimau Amur betina, Azul, antara dua harimau dan tiga singa Afrika mengalami batuk kering dan kesemuanya dijangka pulih.

“Haiwan itu kelihatan hilang selera makan tetapi keadaannya nampak baik, peka dan masih berinteraksi dengan penjaga zoo.

“Kami melakukan ujian terhadap Nadia dengan berhati-hati dan memastikan sebarang maklumat diperoleh mengenai Covid-19 akan menyumbang kepada pemahaman berterusan mengenai wabak itu di seluruh dunia,” kata pihak Zoo dalam satu kenyataan, semalam

Menerusi kenyataan sama, pihak zoo memaklumkan tidak pasti bagaimana virus itu boleh ada di dalam badan haiwan seperti harimau dan singa kerana setiap spesis memberi tindak balas berbeza terhadap jangkitan, namun akan dipantau dengan lebih dekat.

Difahamkan, empat harimau lain di situ, iaitu harimau bintang salji, Cheetah, Amur dan Puma tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit.

“Harimau di bawah jagaan kami dijangkiti oleh penjaga yang sudah mempunyai penyakit atau sebelum dia ada simptom berkenaan.

“Sebagai langkah keselamatan, kesemua haiwan menunjukkan simptom ditempatkan di kawasan berbukit khusus untuk harimau.

“Tiada bukti menunjukkan ada individu dijangkiti virus itu disebabkan haiwan di Amerika Syarikat (AS) tetapi langkah berjaga-jaga akan diambil demi keselamatan semua,” katanya.

Kesemua empat zoo di bawah Persatuan Hidupan Liar dan Pemuliharaan di New York, termasuk The Bronx kini ditutup untuk orang awam bermula 16 Mac lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 10:35 AM