MUHARRAM ketika ditemubual media. FOTO Agensi
MUHARRAM ketika ditemubual media. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Walaupun berbeza agama namun pekerja kebersihan menceritakan sisi sebenar penyanyi terkenal Indonesia Glenn Fredly yang meninggal dunia semalam.

Dipetik daripada portal Tribunnews, petugas kebersihan bernama Muharram itu bertugas di perumahan tempat tinggal Glenn.

Muharram nyata terkejut dan tidak percaya dengan pemergian Glenn yang disifatkan sangat baik.

Katanya, Glenn seorang yang menyenangkan dan tidak sombong untuk menegur sesiapa ditemuinya.

“Walaupun berbeza agama, mendiang sering memberikan barangan keperluan asas setiap kali Aidilfitri.

“Lebaran lepas juga diberi barangan keperluan,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Januari itu meninggal dunia pada 6.47 petang waktu tempatan akibat penyakit meningitis.

Glenn meninggalkan isteri Mutia Ayu dan seorang anak perempuan yang baru berusia 40 hari.

  • Glenn meninggal akibat meningitis

  • Glenn Fredly meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 3:51 PM