WILLIAM dan Kate menyertai sesi pembelajaran dengan anak-anak petugas barisan hadapan secara maya. FOTO Agensi
WILLIAM dan Kate menyertai sesi pembelajaran dengan anak-anak petugas barisan hadapan secara maya. FOTO Agensi
Agensi

London: Duke dan Duchess of Cambridge membuat kejutan apabila melakukan ‘lawatan maya’ ke atas taska menempatkan anak-anak daripada petugas barisan hadapan.

Portal Mirror melaporkan, Putera William dan isteri, Kate Middleton menyertai sesi pembelajaran itu bersama pekerja taska selepas ibu bapa kanak-kanak berkenaan kini sedang ‘bertempur’ melawan Covid-19.

Kedua-dua mereka memuji ‘semangat sukarelawan’ kakitangan ketika mereka bercakap dengan guru di Casterton Primary Academy di Lancashire.

Ketua Eksekutif Pendle Education Trust Anita Ghidotti berkata, lawatan maya itu benar-benar hebat dan mengejutkan.

“Saya tidak percaya mereka memilih kami dari semua orang di negara ini. Semua orang berasa sangat istimewa. Ia memberi kekuatan kepada kami.

Muncul melalui pautan video, kanak-kanak menunjukkan gambar ibu bapa dan boneka Easter mereka.

William dilihat ketawa berbual dengan mereka sambil bergurau dengan kanak-kanak berkenaan.

Beliau dan Kate menghabiskan satu jam bercakap dengan anak-anak termasuk Harris, 10, dan Lloyd,9, yang ibu bapa mereka bekerja di beberapa hospital di negara itu.

Harris ketika berbual dengan mereka menunjukkan lukisan ibunya bekerja di hospital.

“Ini adalah gambaran ibu saya dan dia bekerja di hospital, saya sangat bangga dengannya,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 4:10 PM