YOYO menghadiri kelas bergerak piano yang dikendalikan Kam.
YOYO menghadiri kelas bergerak piano yang dikendalikan Kam.
AFP

Hong Kong: Sebuah pusat tuisyen di Hong Kong menawarkan kelas muzik bergerak menggunakan lori berikutan operasi yang terjejas akibat Covid-19.

Mengambil inspirasi perpustakaan bergerak, pengurusan pusat tuisyen itu menyewa tiga lori dan diubah suai menjadi kelas muzik lengkap dengan penghawa dingin dan papan kalis bunyi.

Sebagai pencegahan, semua peralatan alat muzik dinyah kuman selepas digunakan selain memasang penapis udara dan menyediakan cecair pembasmi Guru pusat itu, Evan Kam, 28, memanfaatkan pendekatan itu untuk mengajar piano secara bergerak dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan antara guru dan pelajar.

“Pembelajaran video (atas talian) tidak sesuai untuk kami kerana jari dan isyarat piano lebih baik ditunjuk ajar guru,” katanya.

Minggu lalu, kenderaan Kam berada di sebuah kampung terpencil barat laut Hong Kong, Ha Tsuen sempadan China.

Seorang ibu kepada dua pelajar berkata, kelas piano itu hadiah buat anaknya yang memberi kerjasama dengan duduk di rumah sejak beberapa minggu lalu.

“Selama ini anak saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana sesi persekolahan digantung dan kami banyak keluar ke bandar,” katanya.

Bagi anaknya, Yoyo, 6, meskipun sukar bermain piano dalam ‘kelas lori’ itu, namun dia masih mampu mengikuti latihan pelajaran itu dengan baik ketika wabak masih belum pulih.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 7:01 AM