GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

SEORANG bayi perempuan berusia empat bulan di Muara Enim, Sumatera Selatan, disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di Rumah Sakit Umum Pusat Muhammad Hoesin.

CNN Indonesia melaporkan, Jurucakap Penugasan Covid-19, Sumsel Zen Ahmad berkata, bayi itu pada mulanya disyaki menghidap pneumonia, namun disahkan menghidap wabak itu selepas menjalani ujian saringan.

“Pada mulanya, bayi itu menghidap pneumonia kritikal dan selepas ujian swab, ternyata dia positif.

“Kami juga mengambil sampel swab dengan kontak rapat bayi itu selain ibunya,” katanya.

Bayi itu antara 30 kes positif Covid-19 di Sumatera Selatan, hari ini, dengan jumlah keseluruhan 84 kes.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengawasan dan Imunisasi Kesihatan Sumatera Selatan, Yusri berkata, daripada keseluruhan kes di wilayah itu, 22 daripadanya adalah warga Palembang, manakala selebihnya dari Bayuasin, Ogan, Prabumulih dan Muara Enim.

“Daripada 30 kes itu, tiga masih belum diketahui sama ada kes jangkitan tempatan atau import,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 6:01 AM