LEE menggesa penduduk Singapura untuk mengamalkan penjarakan sosial lebih ketat. FOTO AFP
LEE menggesa penduduk Singapura untuk mengamalkan penjarakan sosial lebih ketat. FOTO AFP
Agensi

SINGAPURA akan melanjutkan sekatan pergerakan separa sehingga 1 Jun nanti bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di republik berkenaan.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, langkah berkenaan yang dipanggil ‘pemutus rantaian’ antara lain membabitkan penutupan kebanyakan tempat kerja dan sekolah, yang sebelum ini sepatutnya berakhir 4 Mei nanti.

Namun, berikutan peningkatan mendadak jumlah kes baharu jangkitan Covid-19, langkah berkenaan perlu diambil.

South China Morning Post melaporkan, Lee menggesa penduduk Singapura untuk mengamalkan penjarakan sosial lebih ketat bagi memastikan pemutus rantaian itu menghasilkan angka jangkitan kepada satu digit atau sifar.

Sehingga kini Singapura mencatatkan 9,125 kes jangkitan iaitu tertinggi di Asia Tenggara.

Kira-kira 76 peratus kes membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan mendedahkan terdapat anggaran 20 kes yang tiada kaitan diterima setiap hari.

“Ini menunjukkan bahawa terdapat angka lebih besar menanti dan mungkin berlaku dalam komuniti,” kata Lee sambil menggesa penduduk Singapura untuk mengurangkan interaksi di luar kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 8:14 PM