AMARI tersangkut dalam mesin basuh selepas bermain aktiviti bersembunyi bersama sepupunya. FOTO IG mikoa_samigeisha
AMARI tersangkut dalam mesin basuh selepas bermain aktiviti bersembunyi bersama sepupunya. FOTO IG mikoa_samigeisha
Agensi

VIRGINIA: Seorang remaja tersekat dalam mesin basuh selepas bermain aktiviti sembunyi dan cari dengan sepupunya.

Remaja itu, Amari Dancy, 18, membuat keputusan bersembunyi di tempat sukar dijangka sepupunya.

"Kami bersembunyi di bawah katil, dalam almari dan tidak boleh ke ruang bawah tanah.

"Maka, saya buat keputusan bersembunyi dalam mesin basuh," katanya kepada NBC News.

Seorang daripada sepupunya menjumpainya tersekat dalam mesin basuh berkenaan dan menghubungi talian kecemasan untuk bantuan.

Sekumpulan anggota bomba memakai penutup muka tiba dan mereka tidak memerlukan masa lama untuk mengeluarkannya dari mesin itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 7:45 AM