PEKERJA di Naton Medical Group, di Beijing memakai pakaian perlindungan diri untuk menyiapkan tempahan penutup hidung dan mulut. FOTO AFP
PEKERJA di Naton Medical Group, di Beijing memakai pakaian perlindungan diri untuk menyiapkan tempahan penutup hidung dan mulut. FOTO AFP
AFP

Beijing: China menguat kuasakan peraturan baharu bagi melarang perlakuan 'tidak beradab' dalam usaha memperbaiki amalan kebersihan dalam kalangan orang awam ketika pandemik Covid-19.

Tingkah laku tidak beradab itu termasuk tidak memakai penutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

Peraturan itu yang diluluskan Jumaat lalu untuk mempromosikan 'tingkah laku lebih beradab' bagi memerangi pandemik itu yang sudah menjangkiti 82,000 orang di republik itu.

Pemerintah perbandaran tempatan dalam laman webnya memberitahu, mereka yang ingkar termasuk tidak memakai penutup hidung dan mulut apabila sakit di tempat awam akan didenda.

Peraturan baharu itu juga mewajibkan tempat awam untuk meletakkan penanda jarak satu meter dan menyediakan sudu dan 'chopstick'.

Orang awam juga harus berpakaian rapi di tempat awam.

Peraturan baharu itu juga meletakkan hukuman lebih spesifik di mana denda membuang sampah, meludah dan membuang air di tempat awam dinaikkan kepada maksimum 200 yuan (RM124) berbanding 50 yuan (RM31).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 2:42 PM